Thursday 4 August 2016

Pakej 3 Hari 2 Malam di Columbia Asia Hospital Taiping

Ok sambung cerita balik dari KL..

Kami gerak balik hari Ahad dalam jam 11.30 am. Gerak awal sebab dah plan dengan adik nak beraya di umah mak sedara (mak nyah) saya di Kuala Selangor pulak. Kebetulan depa pindah umah baru. Masa kenduri masuk umah dulu saya tak boleh datang sebab incik suami keja. So alang-alang dah p KL, balik tu singgah la sebab 1 laluan je. Sampai Kuala Selangor lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Sampai je memang dijamu makanan tengah hari la kan hehe.. alhamdulillah kenyang. Sembang-sembang, solat, mandikan anak semua.. kami gerak balik dalam jam 4.00 petang. Kami decide ikut jalan lama je sebab nak ikut highway kena patah balik dah rugi masa. Ikut jalan lama seronok. Macam-macam pemandangan boleh tengok.. dan sepanjang perjalanan juga hujan sat lebat, sat renyai. Anak-anak masuk je keta, bagi susu.. tak dan 15 minit dah tido. 


Banyak juga kereta sepanjang perjalanan. Masing-masing masih dalam mood beraya lagi kan. Kami pun bukan nak rushing. So bawak 80km/h je. Sampai Changkat Jering kami decide masuk highway sebab plan nak makan di Kamunting je. Berhenti solat di Hentian Sebelah Taiping Utara. Masa tunggu suami solat, Adeeba muntah. Habes keluar semua roti dan susu yang dia makan lepas bangun tido. Panik jugak tiba-tiba dia muntah. Masa tu tak pikir apa-apa pun. Teruskan perjalanan then singgah makan di Kamunting sebab kami memang exit di Kamunting. Makan cepat, terus balik sebab masa tu pun dah pukul 9 lebih. Badan dah penat sebab perjalanan jauh dan lama. Sampai umah tepat pukul 10 malam. Masa tu pun hujan lagi. Memang sejuk sepanjang perjalanan. Elok masuk umah.. saya baringkan Adeeba atas katil sebab nak tukar baju tido. Saya nampak Adeeba macam susah nak bernafas. Then pernafasan laju. Tapi Adeeba ok.. still boleh main2 lagi. Saya cepat2 panggil suami. Saya kata adik (panggilan di umah) ni penat sebab dekat dada dia dah ada lekuk. Suami kata bukan. Dia suruh sapu minyak. Saya tak puas hati, saya call abang saya sebab dia ada pengalaman anak-anak penat. Dia kata kalau dada dah berlekuk tu memang penat. Dia suruh saya bawak ke klinik cepat. Tak dan apa.. saya dan suami cepat-cepat gerak ke Kecemasan Klinik Kesihatan Bagan Serai. Tu je klinik yg ada. Klinik swasta semua dah tutup. MA bagi neb skali. Menangis jugak la Adeeba sebab 1st time kena neb. Setel neb, MA tu check kata dah clear. Tp saya tau kahak Adeeba masa tu banyak lagi. Saya nak cakap lebih, nanti kena marah pulak.. So diamkan jela then balik. Sampai umah, memang ingat nak tido je. Tido pun tido-tido ayam je sebab risau Adeeba penat lagi. Elok pukul 4 saya tersedar, tengok Adeeba penat balik. Saya kejutkan suami. Kami sapu minyak dulu sebab saya kata kalau bawak kecemasan, dorang akan refer terus ke Hospital Taiping. Saya tak nak.. saya suruh tunggu sampai subuh. Lepas subuh kita gerak ke Hospital Columbia Asia Taiping. Kami packing2 semua baju, lepas subuh memang terus gerak. Sampai Hospital Columbia, terus ke emergency..doctor cek memang kahak banyak dan oxygen low masa tu. Doctor bagi neb. 3x neb pagi tu sahaja.

Ni masa di kecemasan Hospital Columbia. Kesian sangat. Mengantuk lagi tu. Tapi terpaksa neb jugak sebab nafas laju.

Lepas 3x neb, doctor cek semuala.. kahak ada kurang sikit tapi still ada. Doctor bagi pilihan samada nak balik or admit. Saya dan suami decide admit sebab risau Adeeba penat lagi. So nurse uruskan admittion Adeeba. Setel semua, pukul 9 lebih kami masuk wad. Kami pilih wad single tapi penuh. Nurse bagi bilik double. Nama kami dah dalam waiting list single room. Takpe laa.. masuk je dulu. Boleh la rehat sebab badan memang dah penat sangaattt..




Paklong Adam dan Adeeba datang melawat

Pukul 3 lebih, nurse bagitau single room ada kosong. Kami boleh masuk. Cepat-cepat kemas beg. Single room selesa la sebab katil besar, ada sofa, bilik air tak perlu kongsi. Nak pulak kami berkampung 1 family kat sana.. Memang perlu sangat single room.

Ni single room. Masa ni nurse tak tukar katil lagi. Still guna children bed. Tu ayah nyah Adam dan Adeeba datang melawat lepas waktu kerja. Nampak tak Adeeba tu.. macam tak sakit. Aktif je.

 Petang bawak maain depan hospital Tau la budak-budak, bosan dok terperap je dalam hospital.




Gambar sepanjang di hospital. Hari kedua. Sedih tengok gambar ni. Masa tido pun kena neb. Nasib Adeeba dah ok bila neb. Dah tak menangis macam masa mula-mula kena neb. Good girl !

Hari ketiga doctor masuk pukul 1. Cek Adeeba dah ok. Kahak tinggal sikit je. Doctor kata boleh discharge. Yahuuuu !! Seronok tak terkata hehe.. Alhamdulillah. 3 hari 2 malam menginap di hotel Columbia hehe.. seksa rasanya. Laju je packing semua bag. Excited kan.. Skalinya dekat pukul 6 baru setel insurans. Biasa la guna insurans. Banyak sangat prosedurnya. Anak-anak pun tido 1 round sementara nak tunggu setel hal discharge hehe....

Muka happy nak balik rumah. Yeaaayyy !!

Eh.. terpanjang pulak entry kali ni. Selamat membaca hehe..

No comments:

Post a Comment