Thursday 4 August 2016

Pakej 3 Hari 2 Malam di Columbia Asia Hospital Taiping

Ok sambung cerita balik dari KL..

Kami gerak balik hari Ahad dalam jam 11.30 am. Gerak awal sebab dah plan dengan adik nak beraya di umah mak sedara (mak nyah) saya di Kuala Selangor pulak. Kebetulan depa pindah umah baru. Masa kenduri masuk umah dulu saya tak boleh datang sebab incik suami keja. So alang-alang dah p KL, balik tu singgah la sebab 1 laluan je. Sampai Kuala Selangor lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Sampai je memang dijamu makanan tengah hari la kan hehe.. alhamdulillah kenyang. Sembang-sembang, solat, mandikan anak semua.. kami gerak balik dalam jam 4.00 petang. Kami decide ikut jalan lama je sebab nak ikut highway kena patah balik dah rugi masa. Ikut jalan lama seronok. Macam-macam pemandangan boleh tengok.. dan sepanjang perjalanan juga hujan sat lebat, sat renyai. Anak-anak masuk je keta, bagi susu.. tak dan 15 minit dah tido. 


Banyak juga kereta sepanjang perjalanan. Masing-masing masih dalam mood beraya lagi kan. Kami pun bukan nak rushing. So bawak 80km/h je. Sampai Changkat Jering kami decide masuk highway sebab plan nak makan di Kamunting je. Berhenti solat di Hentian Sebelah Taiping Utara. Masa tunggu suami solat, Adeeba muntah. Habes keluar semua roti dan susu yang dia makan lepas bangun tido. Panik jugak tiba-tiba dia muntah. Masa tu tak pikir apa-apa pun. Teruskan perjalanan then singgah makan di Kamunting sebab kami memang exit di Kamunting. Makan cepat, terus balik sebab masa tu pun dah pukul 9 lebih. Badan dah penat sebab perjalanan jauh dan lama. Sampai umah tepat pukul 10 malam. Masa tu pun hujan lagi. Memang sejuk sepanjang perjalanan. Elok masuk umah.. saya baringkan Adeeba atas katil sebab nak tukar baju tido. Saya nampak Adeeba macam susah nak bernafas. Then pernafasan laju. Tapi Adeeba ok.. still boleh main2 lagi. Saya cepat2 panggil suami. Saya kata adik (panggilan di umah) ni penat sebab dekat dada dia dah ada lekuk. Suami kata bukan. Dia suruh sapu minyak. Saya tak puas hati, saya call abang saya sebab dia ada pengalaman anak-anak penat. Dia kata kalau dada dah berlekuk tu memang penat. Dia suruh saya bawak ke klinik cepat. Tak dan apa.. saya dan suami cepat-cepat gerak ke Kecemasan Klinik Kesihatan Bagan Serai. Tu je klinik yg ada. Klinik swasta semua dah tutup. MA bagi neb skali. Menangis jugak la Adeeba sebab 1st time kena neb. Setel neb, MA tu check kata dah clear. Tp saya tau kahak Adeeba masa tu banyak lagi. Saya nak cakap lebih, nanti kena marah pulak.. So diamkan jela then balik. Sampai umah, memang ingat nak tido je. Tido pun tido-tido ayam je sebab risau Adeeba penat lagi. Elok pukul 4 saya tersedar, tengok Adeeba penat balik. Saya kejutkan suami. Kami sapu minyak dulu sebab saya kata kalau bawak kecemasan, dorang akan refer terus ke Hospital Taiping. Saya tak nak.. saya suruh tunggu sampai subuh. Lepas subuh kita gerak ke Hospital Columbia Asia Taiping. Kami packing2 semua baju, lepas subuh memang terus gerak. Sampai Hospital Columbia, terus ke emergency..doctor cek memang kahak banyak dan oxygen low masa tu. Doctor bagi neb. 3x neb pagi tu sahaja.

Ni masa di kecemasan Hospital Columbia. Kesian sangat. Mengantuk lagi tu. Tapi terpaksa neb jugak sebab nafas laju.

Lepas 3x neb, doctor cek semuala.. kahak ada kurang sikit tapi still ada. Doctor bagi pilihan samada nak balik or admit. Saya dan suami decide admit sebab risau Adeeba penat lagi. So nurse uruskan admittion Adeeba. Setel semua, pukul 9 lebih kami masuk wad. Kami pilih wad single tapi penuh. Nurse bagi bilik double. Nama kami dah dalam waiting list single room. Takpe laa.. masuk je dulu. Boleh la rehat sebab badan memang dah penat sangaattt..




Paklong Adam dan Adeeba datang melawat

Pukul 3 lebih, nurse bagitau single room ada kosong. Kami boleh masuk. Cepat-cepat kemas beg. Single room selesa la sebab katil besar, ada sofa, bilik air tak perlu kongsi. Nak pulak kami berkampung 1 family kat sana.. Memang perlu sangat single room.

Ni single room. Masa ni nurse tak tukar katil lagi. Still guna children bed. Tu ayah nyah Adam dan Adeeba datang melawat lepas waktu kerja. Nampak tak Adeeba tu.. macam tak sakit. Aktif je.

 Petang bawak maain depan hospital Tau la budak-budak, bosan dok terperap je dalam hospital.




Gambar sepanjang di hospital. Hari kedua. Sedih tengok gambar ni. Masa tido pun kena neb. Nasib Adeeba dah ok bila neb. Dah tak menangis macam masa mula-mula kena neb. Good girl !

Hari ketiga doctor masuk pukul 1. Cek Adeeba dah ok. Kahak tinggal sikit je. Doctor kata boleh discharge. Yahuuuu !! Seronok tak terkata hehe.. Alhamdulillah. 3 hari 2 malam menginap di hotel Columbia hehe.. seksa rasanya. Laju je packing semua bag. Excited kan.. Skalinya dekat pukul 6 baru setel insurans. Biasa la guna insurans. Banyak sangat prosedurnya. Anak-anak pun tido 1 round sementara nak tunggu setel hal discharge hehe....

Muka happy nak balik rumah. Yeaaayyy !!

Eh.. terpanjang pulak entry kali ni. Selamat membaca hehe..

Wednesday 3 August 2016

Bercuti di Aquaria KLCC

[Throwback]

15 Julai 2016 (Jumaat) lepas kami sekeluarga gerak ke Kuala Lumpur. Kami ni jenis tak planning awal sebab selalunya bila plan je mesti tak jadi. So kami senang, rasa nak p.. terus p. So pagi Jumaat tu suami mesej tanya petang ni nak balik Parit (rumah mak saya) ke? Sebab kami memang balik Parit selang seminggu. Saya kata jom p KL la petang ni.. raya sana pulak. Mak mertua dok dengan abang ipar di KL. Dia pun on je.. So balik keje packing baju, gerak la kami ke KL 4 beranak. Alhamdulillah perjalanan smooth. Sampai sana terkejut MIL sebab tiba² ada depan pintu hehe.. tak bagitau apa², tengok² dah ada depan mata.

Ni masa otw ke KL. Senang dua² tido. Behave sikit hihi


Adam dari dalam kereta dah dok sebut² ajak p tengok fish aquarium hehe.. nak sebut Aquaria dia tak pandai. Pernah sekali kami bawa dia ke sana. Seingat saya masa tu umur dia setahun lebih. Masa tu tak pandai apa lagi.. Ni dah 4 tahun, dah bijak. Dah pandai request ajak p sana. Selagi tak bawak, selagi tu la dia dok sebut ajak ayahnya ke sana.. So, pagi Sabtu tu gerak la kami ke Aquaria. Ni bayaran masuk Aquaria KLCC.


Saya dan suami kena bayar RM41 seorang sebab masa tu Aquaria buat promosi 10% bagi AEON member card. Jimat la RM10. Adam tetap sama RM35. Adeeba free sebab baru 2 tahun. Kami p berlima dengan anak buah suami. Dia kena caj RM46. Sebab promosi tu limit untuk 2 orang je. Promosi ni lama.. sampai 30 June 2017. So banyak masa lagi boleh p.. hihi

Ni saya share gambar sepanjang di Aquaria KLCC.







Gambar masa kat dalam kelabu sikit sebab tak boleh on flash. Takpe la, tetap nampak jugak. Ada jugak kenangan. Kat dalam tu pun ada juga tukang amik gambar. Sebelum nak keluar, depa akan tunjuk gambar yang di ambil tadi. Terpulang pada kita nak beli atau tak. Kami tak beli pun sebab harga not worth it dan cekik darah hahaha...

Apa² pun Adam dan Adeeba happy sangat sepanjang di Aquaria dan pada saya best place untuk bawak anak² learning & explore. Bila anak² happy, for sure kami as parents pun happy hehe..

Gigi Patah

Alamakk.. lamanya tak hapdet blog. Kata nak istiqamah.. haiihh laa

Takpa, bagi peluang lagi.. Lepas ni insyaAllah setiap hari ada entry baru.

Eh gigi sape yang patah ?? Meh nak cerita kisah hari ni.. pukul 12.45 tengah hari tadi dapat call dari incik suami. Rupanya suami call nak bagitau, anak teruna kesayangan kami jatuh bilik air di sekolah tadi. Untuk pengetahuan, anak kami 4 tahun dan sekolah di tadika swasta yang tak perlu saya maklumkan kot.. Dia bagitau, kepala Adam benjol then 2 batang gigi depan patah. Allah.. rasa nak luruh jantung ni. Menitis air mata ni.. Patut la sepanjang di opis rasa rindu sangat kat Adam.. rupanya ada perkara tak elok nak jadi.

Lunch hour balik rumah, terus masuk bilik. Tengok Adam tengah tido. Mungkin letih menangis tahan sakit. Dahi benjol, kat mulut ada kapas sebab darah still keluar. Dia sedar saya ada di tepi. Nampak je saya terus menangis. Tak kuatnya hati seorang emak ni bila tengok anak jadi macam tu. Tau sakitnya dia tanggung. Nak buat macam mana, perkara dah jadi.. katanya kawannya tolak dan tahan kaki masa mandi. Kepala terhentak lantai.. Allah sakitnya. Nak percaya pun tak tahu la.. biasa la budak². Adam pun ada masanya nakal juga. Cuma rasa terkilan jugak laa..




Ni gambar masa saya balik lunch hour tadi... tak hilang rasa sedih hati ni. Hati seorang emak.. tak sanggup tengok anak sakit. Kalau boleh biar kita yang sakit..

Saya ni tak menyalahkan sape². Cuma, cikgu² tadika ni cuba la pantau dan sentiasa ada bila budak² mandi. Budak² ni apa la yang depa tau.. masing² tak cerdik. Jangan biarkan depa mandi sendiri, keluar bilik air sendiri.. Allah seriau rasanya. Bila dah jadi macam ni nak kata apa? Tadika anak saya ni belakang rumah je.. kiranya dapur bertemu dapur. Bilik air kat belakang. So saya dengar dan pantau bila saya cuti. Cikgu ada 6 orang tapi time mandi sorang cikgu pun takde pantau di bilik air. Ingat laa.. anak² kecil yang di sekolah tu amanah ibu bapa untuk cikgu² jaga sewaktu di sekolah. Jangan la buat sambil lewa dan ambil mudah. Bila jadi macam ni kelam-kabut wassap saya risau la.. apa laa.. ikut hati memang nak lepaskan je. Tapi pikir balik, nanti bermasam muka pulak. Tapi tengok petang ni macam mana.. in case gigi masih berdarah n serius, mungkin saya tak teragak² untuk ambil tindakan. Biar beringat lepas ni.....

Wednesday 13 July 2016

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Rasanya belum terlewat lagi kan? hihi...

Raya tahun ni macam tahun lepas juga, beraya berempat. Bezanya kali ini, bertambah meriah sebab anak-anak makin besar dan dah paham nak sambut raya especially abg Adam yang sentiasa excited nak kutip duit raya hihi.. si adik Adeeba memang happy dengan makanan yang meriah di hari raya ni kan.. raya last year, Adeeba baru 6 bulan. Jalan pun belum lagi.. so tak tau apa-apa.

Tema kami sekeluarga tahun ni warna Royal Blue. Tengok kat FB, ramai jugak yang sama tema color dengan kami hihi.. meriahnya raya! Kami beraya di kampung saya je tahun ni. Mak mertua di Kuala Lumpur. InsyaAllah akan beraya di Kuala Lumpur juga nanti sebelum habis raya. Raya kan sebulan ! hikss..



1st Entry

Bismmillahhirahmanirahim...

Dah lama tinggalkan dunia blogging yang berkisarkan kehidupan setelah terlupa email dan password blog lama. Sayang sangat dengan blog lama tu.. Dah berkenalan dengan ramai blogger² femes, banyak entry yang saya update.. tapi, jodoh dengan blog tu tak lama. Redha dan pasrah.

Nak bukak blog baru ni pun berchenta rasanya hehe....

Doakan saya istiqomah untuk update blog ni dan dapat berkenalan dengan ramai blogger lagi.

Tunggu next entry k.. Stay tuned ;)