Wednesday 3 August 2016

Bercuti di Aquaria KLCC

[Throwback]

15 Julai 2016 (Jumaat) lepas kami sekeluarga gerak ke Kuala Lumpur. Kami ni jenis tak planning awal sebab selalunya bila plan je mesti tak jadi. So kami senang, rasa nak p.. terus p. So pagi Jumaat tu suami mesej tanya petang ni nak balik Parit (rumah mak saya) ke? Sebab kami memang balik Parit selang seminggu. Saya kata jom p KL la petang ni.. raya sana pulak. Mak mertua dok dengan abang ipar di KL. Dia pun on je.. So balik keje packing baju, gerak la kami ke KL 4 beranak. Alhamdulillah perjalanan smooth. Sampai sana terkejut MIL sebab tiba² ada depan pintu hehe.. tak bagitau apa², tengok² dah ada depan mata.

Ni masa otw ke KL. Senang dua² tido. Behave sikit hihi


Adam dari dalam kereta dah dok sebut² ajak p tengok fish aquarium hehe.. nak sebut Aquaria dia tak pandai. Pernah sekali kami bawa dia ke sana. Seingat saya masa tu umur dia setahun lebih. Masa tu tak pandai apa lagi.. Ni dah 4 tahun, dah bijak. Dah pandai request ajak p sana. Selagi tak bawak, selagi tu la dia dok sebut ajak ayahnya ke sana.. So, pagi Sabtu tu gerak la kami ke Aquaria. Ni bayaran masuk Aquaria KLCC.


Saya dan suami kena bayar RM41 seorang sebab masa tu Aquaria buat promosi 10% bagi AEON member card. Jimat la RM10. Adam tetap sama RM35. Adeeba free sebab baru 2 tahun. Kami p berlima dengan anak buah suami. Dia kena caj RM46. Sebab promosi tu limit untuk 2 orang je. Promosi ni lama.. sampai 30 June 2017. So banyak masa lagi boleh p.. hihi

Ni saya share gambar sepanjang di Aquaria KLCC.







Gambar masa kat dalam kelabu sikit sebab tak boleh on flash. Takpe la, tetap nampak jugak. Ada jugak kenangan. Kat dalam tu pun ada juga tukang amik gambar. Sebelum nak keluar, depa akan tunjuk gambar yang di ambil tadi. Terpulang pada kita nak beli atau tak. Kami tak beli pun sebab harga not worth it dan cekik darah hahaha...

Apa² pun Adam dan Adeeba happy sangat sepanjang di Aquaria dan pada saya best place untuk bawak anak² learning & explore. Bila anak² happy, for sure kami as parents pun happy hehe..

No comments:

Post a Comment